Wednesday, January 20, 2010

Mari Menyertai DaTar....

Salam buat rakan2...
Unit Dakwah dan Tarbiyah (DaTar) Bukit Kachi ingin mengalu2kan rakan2 sekalian untuk menyertai DaTar...Jika rakan2 berminat sila hantar maklumat rakan2 (nama penuh, no. matrik, DPP, no.phone) kepada e-mail DaTar-: dakwahtarbiyah@ymail.com...
Jika ade apa2 maklumat terkini, pihak DaTar akan memaklumkan dari masa ke semasa...Kerjasama Rakan2 amat kami hargai...Terima kasih=)

Thursday, January 14, 2010

SALAM UKHWAH BUAT SAHABAT2 SEPERJUANGAN....

Assalamualakum,
Buat teman2 yg di kasihi kerana Allah sekalian...Blog ini digunakan oleh Unit Dakwah dan Tarbiyah (DaTar) Masjid Imam syafi'e (masjid Bukit Kachi) untuk menyalurkan informasi terkini yang berkaitan dengan aktiviti Datar. Selain itu terdapat sedikit tazkirah buat peringatan kita bersama malah kita juga boleh berkongsi idea serta pandangan dalam memperjuangkan agama Allah di bumi Kachi ini khususnya di laman blog ini. dengan adanya bantuan rakan2 sekalian, insyaAllah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini menjadi lebih ringan. Bak kata pepatah "
berat sama dipikul, ringan dijinjing sama"

Dalam pada itu, jika terdapat kemusykilan dalam apa jua permasalahan, baik dari segi sudut agama, personaliti dan sebagainya, rakan2 boleh e-mail kan terus kepada dakwahtarbiyah@ymail.com.. Pihak DaTar akan berusaha mencari jawapan dan cadangan yang terbaik dari golongan ilmuwan dalam hal2 yang berkaitan.

Semoga landasan yang ada ini kita gunakan sebaik mungkin bagi menambah saham kita di akhirat kelak..amin..

Thursday, December 31, 2009

Sebab-sebab hati tidak tenteram


Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-

1) Cinta Dunia Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.
2) Tamak Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi
3) Kedekut Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk
4) Riak Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.
5) Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.
6) Ego Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya
7) Pendendam Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
8) Hasad Dengki Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.
9) Tidak Sabar Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain. Pengajaran di sini bermujahadahlah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam bissawab….